Tirai BPL musim 2013/14 sudah dibuka 3 hari yang lalu, dengan melihat aksi The Reds yang saya kira agak baik bagi permulaan, setelah lama kita tak pernah menang perlawanan pembukaan sejak musim 2006/07, walaupun menang tipis 1-0, rata-rata media sukan tidak begitu concern dengan scoreline kali ini, tapi 'overall performance' yang segar sebagaimana yang diulas oleh kebanyakan pengulas sukan antarabangsa kali ini.
"Season of promising", "Title Contender", "Top Four Spot", pelbagai lagi reaksi positif yang diberikan pada skuad Liverpool keseluruhannya pada pembukaan kali ini, menyerlahkan lagi keyakinan dan keceriaan kita semua sebagai penyokong The Reds. Nasihat saya, jangan termakan dengan kata-kata ini, kerana saya percaya rata-rata dari kita ada yang terbuai-buai dengan persembahan menentang Stoke City tempohari. Seterusnya dalam artikel ini, saya akan mengulas sedikit sahaja positiviti dari perlawanan tersebut, dan akan mula memilih untuk menjadi kritis, kerana kritis itu adalah realiti.
The Reds dilihat sangat positive dalam konsep possession football, dengan mengawal tempo permainan dengan pengekalan possesion melalui passing, short-short pass yang tepat, teknik yang baik. Tahniah kepada BR kerana evolusi taktikal beliau sudah dilihat semakin mencapai ke suatu tahap yang baru, kebolehan pemain The Reds mencipta peluang-peluang gol dari jarak yang lebih jauh. Ini ditambah lagi dengan debut Simon Mignolet, Kolo Toure, Iago Aspas yang baik, lebih-lebih lagi, Simon Mignolet yang telah menafikan penalti dari Walters bagi membolehkan The Reds memungut 3 mata dengan nafas lega.
Kontra pada kali ini, saya melihat Daniel Agger masih lagi mewarisi badi defender LFC yang lain, sering melakukan kesilapan-kesilapan nurani, sama seperti Carragher dan Skrtel sentiasa lakukan, iaitu memberi ruang kepada lawan untuk menjaringkan gol, padahal yang tak sepatutnya berlaku. Kita juga melihat kebolehan LFC mencipta peluang-peluang gol yang baik, namun ketiadaan Luis Suarez yang masih dalam penggantungan kerana termakan lengan Ivanovic, serangan sangatlah tumpul, apatah dari penyerang sendiri, midfield lagi tak payah cerita. Henderson mendapat 2 kali peluang, yang sangat-sangat keemasan, namun disia siakan. Ada yang mengatakan Begovic beraksi sangat baik, tetapi kebolehan pemain tengah menjaringkan gol adalah dikira added-value dalam sesebuah pasukan. Kita dilihat sangat-sangat tumpul dalam finishing, sangat tumpul.
Saya cuma mengharapkan perlawanan seterusnya menentang Aston Villa di Villa Park, kita dapat menyelesaikan klinikal pemain tengah, bila pemain tengah juga mempunyai kebolehan menjaringkan gol, barulah saya kira tiki-taka LFC telah meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi.
Saya cuma mengharapkan perlawanan seterusnya menentang Aston Villa di Villa Park, kita dapat menyelesaikan klinikal pemain tengah, bila pemain tengah juga mempunyai kebolehan menjaringkan gol, barulah saya kira tiki-taka LFC telah meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi.
#mokhriz mohammed
#kolumnis separuh masa
tweet saya untuk berkongsi pendapat: @mukhrizMrz

No comments:
Post a Comment