Thursday, 15 August 2013

TRANSFER RUMOURS: BINTANG YANG MASIH DALAM RADAR LFC


Transfer windows akan ditutup dalam masa 2 minggu lagi, sedangkan BR masih mengharapkan lagi 2 pembelian akan melengkapkan skuad beliau untuk kempen BPL 2013/14.

DIEGO CONTENTO
Contento, 23 tahun secara rasminya berada di dalam radar LFC, untuk memperkuatkan dan memberi saingan kepada Jose Enrique yang separa konsisten pada musim lalu. Diego Contento tampil untuk Bayern Munich sebanyak 56 perlawanan untuk Bayern Munich, dan kini dikatakan dalam perbincangan dengan LFC untuk pinjaman sepanjang musim, dengan klausa option-to-buy sebanyak £8m.
Contento dikatakan mempunyai larian taktikal dari deep-pitch, dan mampu memberi hantaran lintang yang baik dari posisi yang dalam. Werden Bremen juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau secara permanent transfer.

MAMADOU SAKHOU
Kekosongan slot Carra yang sudah bersara sudah diisi oleh Kolo Toure, namun situasi Martin Skrtel yang masih samar-samar, dengan ini mungkin Sakhou dilihat sebagai pengganti untuk Martin Skrtel yang kini diintai oleh bekas pengurusnya, Rafa Benitez. Sakhou mempunyai kekuatan di udara, kawalan bola yang baik dan fizikal yang mantap, antara kriteria yang perlu untuk menggantikan Skrtel, yang sebenarnya bagi kami seorang pemain yang baik, tetapi sering terlibat dengan insiden-insiden kecuaian yang agak bodoh.
Sakhou dikatakan berminat untuk berhijrah ke Anfield lantaran peluang beliau untuk berada di dalam kesebelasan utama PSG dilihat semakin samar.

CHRISTIAN ERIKSSEN
Sekian lamanya Erikssen berada dalam radar LFC, kini masa yang terbaik untuk mendapatkan beliau. Dengan nilai kontrak yang hanya tinggal 1 tahun, beliau dikatakan berminat untuk mencari angin baru dalam kariernya.
Eriksen mempunyai passing dan visi yang bagus untuk seorang playmaker, sebenarnya inilah pembelian yang kami harapkan, kerana kreativiti serangan LFC kini hanya bergantung pada Countinho sahaja, dan kedudukan ini sangatlah berbahaya sekiranya Coutinho mengalami kecederaan untuk jangkamasa panjang.
LFC dikatakan sedang bersaing dengan Spurs untuk mendapatkan khidmat Erikssen. Dimana LFC mahu, disitulah Spurs menyibuk.

GUILHERME SIQUERA
Merupakan attacking left back yang pantas, sering melakukan larian ke kotak lawan, serta mampu menghasilkan hantaran-hantaran lintang yang tepat samada dari dalam mahupun ke atas, Siquera kini dikatakan hampir melengkapkan perpindahannya ke Anfield.
Menurut analisis statistik antara Enrique dan Siquera, Siquera dilihat lebih baik dalam chance creation dan success tackle, dijangka akan memberikan saingan yang positif kepada Enrique sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan.

SCOTT SINCLAIR
Manchester City adalah antara kelab yang boros, dan sering dikatakan membeli bintang-bintang decent kemudian diperam di dalam skuad mereka dan ini menyekat potensi kelas-kelas sebegini. Begitulah yang terjadi kepada Scott Sinclair, dibeli dari Swansea dan diperam oleh Mancini. BR dikhabarkan kini menawarkan jalan keluar dari skuad Citizens, untuk bergabung kembali bersamanya, lantaran perpindahan Downing ke West Ham. Scott Sinclair, winger kiri / kanan yang laju dan mampu melakukan cut-inside dengan baik untuk membantu barisan serangan, kami juga teruja sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, kerana gabungan Assaidi, Sinclair, Sterling, pastinya melengkapkan skuad BR untuk cabaran yang akan bermula Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment