Aly Cissokho kini sudah sah menjadi muka baru di Anfield, dipinjamkan selama satu musim dari Valencia dengan klausa pilihan sebanyak £4m untuk perpindahan tetap. Cissokho, berasal dari Senegal dan memiliki kerakyatan Perancis mula dikenali di peringkat Eropah ketika bersama Porto, seterusnya dilamar oleh Lyon, kemudian ke Valencia dan kini bersama The Reds, bagi menguatkan jentera full-back kiri yang kini hanya diterajui oleh Jose Enrique.
Saya mempunyai pendapat bahawa pinjaman Cissokho merupakan satu langkah yang bijak dari Brendan Rodgers, kerana Cissokho meluaskan dimensi dari bahagian bek kiri The Reds, eksperimentasi yang bernilai dan situasi yang memberi kelebihan LFC untuk menguji keserasian Cissokho dengan taktikal BR.
Buat masa ini, tiada statistik yang relevan untuk membuktikan kelebihan Cissokho, namun menurut sumber WhoScored, Cissokho dilihat lebih attacking-compliance berbanding Enrique, dengan kelebihan larian direct yang pantas, kawalan dribble yang baik, dan mampu melakukan hantaran lintang yang baik, samada dari dalam mahupun byline dan satu kelebihan yang lebih baik dari Enrique, dari segi holding ball, membolehkan mengekalkan tempo serangan seterusnya memberi ruang kepada jentera tengah dan serangan mencari ruang dalam serangan.
Maka dengan ini, spekulasi perpindahan Contento dari Bayern dan Siquera dari Granada lenyap begitu sahaja, kerana posisi bek kiri Anfield sudah lengkap pemain utama dengan backup yang saya kira agak reliable.

No comments:
Post a Comment