Monday, 5 August 2013

JORDAN IBE: JELMAAN JOHN BARNES


Perlawanan terakhir LFC untuk musim 2012/13, menentang QPR, BR telah memperkenalkan seorang produk Melwood selepas Raheem Sterling, Jordan Ibe, 17 tahun telah menarik perhatian ramai bahawa pemuda ini kelihatan mempunya corak permainan yang identikal dengan lagenda LFC, John Barnes.

Dengan kebolehan larian yang pantas, mungkin lebih pantas dari Sterling, gaya dribble yang klasik, visi dan naluri di depan pintu gol yang baik, Jordan Ibe telah menyumbang assist di dalam debut pertamanya menentang QPR hari itu.

Ibe berkebolehan bermain di dua-dua posisi kanan dan kiri, tetapi dilihat lebih baik dan adaptable di sayap kiri. Ibe bijak mengeksploitasi ruang dengan larian yang pantas, kawalan bola yang baik serta mempunyai kebolehan cut-inside untuk melakukan direct attack pada masa peluang terbuka.



Kami menjangkakan Ibe akan menyerikan lagi musim 2013/14, menjadi saingan sihat kepada Sterling yang dijangka akan terus menyinar. Terima kasih kepada Rafa Benitez kerana telah mempelopori projek pembangunan pemain muda pada waktu-waktu terakhir beliau di Anfield, dan kini hasilnya sudah mula boleh dituai, mengembalikan kegemilangan LFC menghasilkan bintang muda dari akademi.

No comments:

Post a Comment