Dari laporan Skysport, Liverpool telah menawarkan £20m untuk mengaktifkan klausa perpindahan Diego Costa, dan hari ini, Atletico Madrid dikatakan bersetuju dengan bidaan kedua dari LFC, dipercayai £24m untuk membawa penyerang ini ke Anfield. Proses ini dijangka akan lengkap dalam masa 14 hari lagi, atau lebih tepat lagi, sebelum 17 Ogos 2013, perlawanan pertama LFC menentang Stoke City.
Berita ini juga disokong dengan berita Suarez dikatakan bersedia menghantar transfer request kepada pengurusan Liverpool dalam minggu ini untuk membolehkan perpindahan ke Arsenal menjadi kenyataan.
KESAHIHAN BERITA
80% SAHIH, kerana Diego Costa dilihat sebagai pengganti Suarez dalam versi yang lebih fizikal, sesuai untuk membuka ruang bagi Sturridge dalam formasi 4-3-3 LFC
No comments:
Post a Comment