Monday, 12 August 2013

PRA-MUSIM: ANALISIS RINGKAS CELTIC 1-0 LFC


Rekod baik pra-musim LFC telah tercemar ditangan Celtic. Ironinya, pada perlawanan terakhir, 7 hari sebelum pertembungan pertama LFC menentang Stoke City dalam kempen BPL 2013/14. Maka tercemarlah rekod tanpa kalah skuad Brendan Rodgers.

Berikut adalah analisis dari perlawanan tersebut:-

Tiki-Taka Level
LFC dilihat mempunyai rentak yang semakin serasi dengan taktik BR, yakni possession football, dengan dilihat defensive dapat bergerak seunit bersama midfield dalam membentuk ruang passing yang baik. Namun seperti yang kita semua tahu, possession football bukannya corak yang mudah diserasikan dan memerlukan teamwork / understanding yang baik, dan ditambah nilai dengan pengalaman. Namun dengan kehadiran darah-darah muda, seperti Wisdom dilihat seperti weakest link dan masih mencari rentak dan keserasian taktik.
Rating: 7.5/10

Goalkeeping
Mignolet tidak berupaya mengekalkan rekod clean sheet beliau, dengan bolos 1 gol sepanjang pra-musim. Gol yang dihasilkan Amido Balde merupakan full chances, tetapi half-save dari Mignolet, dan tertampan masuk ke dalam jaring LFC. Celtic dilihat agak berbahaya dalam serangan mereka, namun hasil kerjasama yang baik antara pertahanan dan tengah LFC, sedikit sebanyak membantu Mignolet mempertahankan gawang dari dibolosi lebih lagi. Sekurang-kurangnya Mignolet dilihat lebih bijak mengatur gerakan diantara gawang, berbanding kiranya Pepe Reina masih di LFC.
Rating: 8/10

Pertahanan
Untuk bahagian ini, saya ingin highlightkan bahawa kebolosan ini adalah berpunca dari kecuaian Andre Wisdom, yang dilihat mempunyai antisipasi yang masih perlu dipertajamkan, di mana Wisdom sepatutnya lebih bijak dengan menggunakan approach drop-deeper berbanding dengan direct move ke arah larian Amido Balde. Tetapi, persefahaman dan rata-rata, masih boleh diasah lagi.
Rating: 6.5/10

Tengah
Coutinho, Gerrard, Henderson dilihat masih lagi tiada dinamik, kecuali kebergantungan kreativiti masih terletak di bahu Countinho, Gerrard lebih bijak dengan agak sedikit ke bawah, namun Henderson, bukanlah pilihan kami. Tengah masih memerlukan sekurang-kurangnya seorang lagi midfield yang kreatif.
Rating: 7/10

Serangan
Kali pertama saya melihat Aspas agak hampa, dengan keseimbangan fizikal dan flair, Aspas terkapai-kapai tidak dibantu oleh Fabio Borini, yang sememangnya masih mentah dan tidak tajam, kecuali selepas kemasukan Daniel Sturridge, dalam penampilan pertama beliau di pra-musim (selepas pulih dari kecederaan), perkara negatif, Borini masih tidak layak untuk first team LFC, dan gandingan Aspas-Sturridge, mungkin dilihat agak baik, tapi secara tidak egoistiknya, sekiranya Suarez ada, pasti lebih baik.
Rating: 5/10

Kesimpulan:
Lihat apa yang akan datang lagi 5 hari, kami tetap teruja untuk perlawanan pertama menentang Stoke City.

No comments:

Post a Comment