Sunday 15 September 2013

TIAGO ILORI PROSPEK DALAM PROJEK BRENDAN RODGERS

Ilori: Projek untuk jangka panjang (Ihsan: Mirror UK)
Perpindahan Tiago Illori, 20 tahun ke Anfield tidak mendapat perhatian seperti Mamadou Sakho dan rata-rata penyokong Liverpool masih samar-samar potensi beliau. Beliau dibeli dari Sporting Lisbon pada harga £7 juta, satu nilai yang agak besar untuk pemain muda yang masih belum mempunyai reputasi di peringkat Eropah.

Tiago Ilori bermain di posisi pertahanan tengah atau kanan, sebenarnya berada dalam kesebelasan utama untuk Portugal B21 dan prospek kepada Sporting Lisbon, merupakan antara ball playing defender yang mendapat perhatian di Portugal. Dengan mempunyai first touch yang baik, mampu membantu serangan dari kedudukan bertahan, antara elemen yang diintai oleh Brendan Rodgers untuk diserapkan di dalam skuad Liverpool. Tambahan lagi, pertahanan Liverpool, terdiri dari Agger, Toure, Skrtel, Sakho bukanlah jenis pertahanan yang mempunyai visi untuk membantu serangan, kecuali jika berada di dalam set-piece dan corner kick sahaja. Manakala Ilori pula mempunyai kepantasan yang baik untuk bertukar posisi dari pertahanan tengah ke posisi defensive midfield untuk membantu serangan melalui through-pass mahupun mengekalkan possession.

Namun, dalam keadaan persaingan yang sengit di dalam barisan pertahanan sekarang, Ilori mungkin bukan pilihan utama Rodgers untuk musim ini, dan merupakan salah satu projek jangka panjang dalam revolusi Liverpool, untuk tahun-tahun yang mendatang.

No comments:

Post a Comment