Monday 16 September 2013

PREBIU: SWANSEA BAKAL MEMBERIKAN TENTANGAN YANG SENGIT

Enrique mungkin akan ditugaskan untuk lebih menyerang
Brendan Rodgers kembali ke Stadium Liberty untuk kali ketiga sebagai pengurus Liverpool, sudah tentu mahu membuktikan skuad baru Liverpool mampu mengatasi Swansea dengan lebih baik berbanding pertemuan yang lepas. Liverpool masih mengekalkan rekod terbaik, 100% kemenangan dalam saingan BPL, akan turun tanpa kelibat Glen Johnson (cedera), Suarez (penggantungan). Manakala situasi Sturridge masih belum dapat dipastikan, namun Rodgers pastinya berharap Sturridge dapat mengemudi barisan serangan ketika berdepan Swans pagi nanti.

Analisis rekod kedua-dua Liverpool dan Swansea kali ini, melihatkan keseimbangan yang kontra antara kedua-dua pasukan. Liverpool dilihat lebih baik dari segi defensive play, berbanding dengan Swansea yang lebih rapuh di bahagian tersebut. Manakala, Swansea dilihat mempunyai statistik rekod yang lebih baik dalam attacking play. Saya tidak akan mengulas statistik mereka, namun akan lebih terus kepada point-point penting yang perlu kita tahu untuk perlawanan ini.

Kedua-dua pasukan mempunyai corak permainan yang hampir sama, formasi yang sama, bezanya in-game strategy mungkin berbeza berikutan adunan 2 pengurus yang berbeza. Menurut ramalan WhoScored, Wisdom akan diturunkan bagi menggantikan Johnson, Skrtel akan terus diturunkan.

Sumber: WhoScored

Ini berbeza dengan ramalan yang saya jangkakan, kerana Brendan Rodgers mungkin akan menggunakan pendekatan yang lebih seimbang, berikut adalah ramalan lineup yang akan diturunkan malam ini.


Rodgers tiada alternatif lain sekiranya Sturridge tidak dapat diturunkan, hanya Iago Aspas sahaja yang mempunyai kebolehan bermain sebagai top striker ketika di Celta Vigo, namun masih belum tampil lagi dalam posisi tersebut bersama Liverpool. Moses juga mungkin diturunkan, bagi mengimbangi permainan kreatif Coutinho, manakala Henderson mungkin akan terus diturunkan berikutan dari rekod yang baik sebelum ini. Namun saya menjangkakan Henderson mungkin akan menjadi beban creative-play Countinho, dan memasukkan Moses, adalah imbangan yang baik. Namun, jika Sturridge diturunkan sekalipun, Rodgers pastinya tidak berani meletakkan penyerang utamanya dalam risiko kecederaan, dan Aspas tetap diturunkan, samada sebagai starter mahupun sub.

Tiada banyak yang saya dapat ulas malam ini, akibat demam selesema. Sebelum saya berundur, ini adalah ramalan scoreline yang jujur dari saya.... Setelah melihat statistik dan sedikit guts prediction....

RAMALAN
SWANSEA 2-1 LIVERPOOL
(kerana kita bukan di dalam best shape malam ini, namun saya tetap berharap kemenangan untuk malam ini)

Sekian laporan dari saya untuk malam ini, dari Redskin, untuk semua Kopites Malaysia.
Selamat Hari Malaysia

No comments:

Post a Comment