Saturday 14 September 2013

ALDERWEIRELD, COSTA DAN TELLO MENOLAK TAWARAN KE LIVERPOOL

Kurang dari 7 hari selepas musim perpindahan ditutup, Toby Alderweireld, Diego Costa dan Christian Tello telah membuat pendedahan mereka telah menolak tawaran Liverpool atas sebab masing-masing. Ini telah memberikan implikasi kepada rancangan Rodgers untuk memperkuatkan skuad beliau, dan seterusnya membuka peluang untuk Sakho, Ilori dan Moses ke Anfield.

TOBY ALDERWEIRELD
Toby Alderweireld, 24, pertahanan muda Belgium pada yang menolak tawaran dari beberapa kelab, termasuk Liverpool untuk menyertai Atletico Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £6 juta.
"Atletico telah mengikuti perkembangan saya sejak dua, tiga minggu yang lalu dan saya lihat mereka benar-benar berminat untuk mendapatkan saya. Sebab itulah saya menolak beberapa tawaran lain, contohnya Liverpool yang tiba pada saat-saat akhir, namun keputusan sudah dibuat. Atletico benar-benar meyakinkan saya dan berusaha keras untuk mendapatkan saya" - Alderweireld
Setelah gagal mendapatkan Alderweireld, ditambah dengan situasi kecederaan Kolo Toure, Rodgers dengan pantas beralih kepada Sakho dan Illori untuk membarisi pertahanan skuadnya.


 DIEGO COSTA
Rodgers dilihat sangat kompetitif dan ambitious dengan menawarkan £22 juta kepada Atletico Madrid untuk mendapatkan penyerang sasa ini. Costa melalui kempen yang memberangsangkan pada musim 2012/13 La Liga, dengan 20 gol keseluruhan mendedahkan bahawa beliau hampir-hampir menyertai Liverpool, namun keputusan itu dibuat setelah merasakan beliau sangat gembira di Atletico Madrid.
"Saya sudah hampir meninggalkan kelab ini, Liverpool adalah kelab yang hebat. Namun setelah saya berusaha keras dan berjaya mendapatkan tempat di Atletico, bagaimana untuk saya meninggalkan mereka (Atletico)?" - Diego Costa
Rodgers juga menyatakan kekesalannya kerana tidak berpeluang untuk membawa penyerang berkaliber ke Liverpool, kini hanya berharap pada Sturridge dan Aspas untuk mengemudi barisan serangan.


CRISTIAN TELLO
Tello merupakan antara orang yang terkini mendedahkan beliau telah menolak tawaran Liverpool untuk kekal bersama Barcelona. Tello yang sudah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sejak musim lalu, merupakan antara bintang muda Sepanyol yang menyerlah untuk skuad B-21 Sepanyol. Sayap kiri ini telah menegaskan bahawa beliau tetap gembira di Nou Camp.
"Saya sentiasa ingin berada di sini (Barcelona). Jurulatih amat yakin dan mempercayai saya. Saya gembira dan bersedia untuk bermain. Saya tahu bahawa Liverpool telah berminat untuk mendapatkan saya, tetapi saya tidak pernah memikirkan untuk meninggalkan Nou Camp" - Tello
Ini telah membantutkan rancangan BR untuk menyediakan cover-up di posisi sayap kiri / kanan, ditambah pula dengan pada ketika saat-saat akhir musim perpindahan, adalah sangat berisiko untuk melakukan pembelian panik, BR telah mengambil langkah bijak dengan mendapatkan Victor Moses secara pinjaman musim dari Chelsea.

No comments:

Post a Comment