Tuesday 10 September 2013

EVANS: "BATISTUTA HAMPIR KE LIVERPOOL"

Bekas pengurus Liverpool era 90-an, Roy Evans hari ini mendedahkan bahawa beliau hampir membawa Batistuta ke Anfield untuk digandingkan bersama 'The God' Robbie Fowler ketika itu.

Evans menjelaskan bahawa pada ketika itu Liverpool dalam perbincangan bersama Fiorentina, dan Batistuta juga dikatakan berminat untuk bersama Liverpool. Batistuta yang memiliki reputasi penjaring gol profilik di Serie A dan Piala Dunia, dianggap sebagai gandingan ideal buat Fowler yang pada ketika itu merupakan antara penjaring terbanyak dalam EPL.

"Pada ketika itu, kami sentiasa mencari bakat-bakat yang sentiasa meletakkan kami di dalam saingan EPL, dan sayangnya hasrat membawa Batistuta terbantut selepas kami mengajukan hasrat kami" ujar Roy Evans.

Roy Evans juga mendedahkan beliau pernah cuba untuk mendapatkan Teddy Sheringham, pada ketika itu masih berumur 29 atau 30 tahun, namun hasrat itu terhalang kerana tidak menepati polisi kelab yang tidak menyokong pembelian pemain yang tua. Selain itu, Marcel Desailly juga diintai oleh beliau, namun Desailly berhasrat untuk menetap di London sebagai keutamaannya, maka beliau telah memilih Chelsea sebagai destinasi.

Pada ketika itu, Liverpool merupakan antara pencabar utama untuk menyandang gelaran EPL, amat mudah untuk menarik pemain-pemain berkelas dunia. Kini situasinya sangat berbeza setelah Liverpool selama hampir 4 musim terkeluar dalam saingan UCL, maka Rodgers mampu menarik potensi-potensi yang mampu memberikan saingan untuk mendapat tempat UCL musim depan. Kita tetap optimis bahawa musim ini Liverpool akan menjadi pencabar terkuat dalam sasaran untuk kembali ke pentas Eropah musim hadapan, dan mampu menarik kembali nama-nama besar untuk ke Anfield.

No comments:

Post a Comment