Thursday 5 September 2013

RAMALAN FORMASI LIVERPOOL SETELAH SUAREZ TAMAT PENGGANTUNGAN

Penggantungan Suarez kini hanya tinggal lagi 3 perlawanan lagi, dan dijangka akan kembali ke saingan 2013/14 bermula akhir September ini, ketika bertemu MU sekali lagi untuk saingan Capital One Cup (League Cup).

Selagi Suarez digantung, selagi itulah saya tidak akan nampak barisan lengkap serangan Liverpool musim ini, kerana hanya Sturridge dan Suarez sahaja dilihat penjaring profilik Liverpool dari musim lepas. Dengan itu jugalah, kini hanya tinggal Sturridge yang menggalas beban penjaring tunggal dalam formasi 4-2-3-1 (atau 4-3-3), yang dilihat agak fluid pergerakan dan aturan pemain-pemain sejak Januari 2013.

Persoalannya, bagaimanakah Suarez akan dilengkapkan dalam barisan menyerang nanti?
Berikut adalah hasil analisis berdasarkan kriteria kebarangkalian / keutamaan dalam kesebelasan utama (tanpa mengira keadaan kecederaan / penggantungan), dan beserta sinopsis analisis saya untuk Redskin Times kali ini.

Bagaimana Suarez akan digandingkan?

Reputasi Sturridge sebagai top striker dalam formasi ini sudah semakin kukuh, dengan corak permainan beliau yang lebih baik di posisi tersebut, Sturridge akan terus kekal di posisi tersebut, manakala, 3 perlawanan sudah melihatkan keganjilan Countinho berada di posisi Attacking Left (AL) dan Iago Aspas di posisi Attacking Center, kini kehadiran Suarez dapat diimbangkan semula, dengan menukarkan Aspas ke menyerang kiri, dan Coutinho kembali ke serangan tengah, membawa bola forward, mengawal dan bertindak linkup antara Gerrard / Lucas di bahagian tengah yg lebih deep, dan dengan visi yang terbaik dalam pasukan, Coutinho akan menggerakan serangan dengan mencipta peluang untuk Iago Aspas dan Suarez terutamanya. Sekiranya link-up Coutinho dari tengah dapat berganding baik dengan Sturridge di atas, itu adalah kekuatan yang utama dan perlu, kerana ini akan membuka peluang untuk Suarez dan Aspas berlegar dalam kotak lawan, secara tak langsung possession ketika menyerang tetap kekal. Suarez mungkin akan sering swap-position antara Aspas, namun kalau diambil kira, Aspas lebih natural di posisi serangan kiri, dan Suarez lebih versatile di kedua-dua kiri dan kanan, maka kemungkinan besar akan mula mengemudi serangan / cut-inside dari kanan. Gerrard kini yang semakin kekurangan speed, akan mula mengemudi tugas tengah dari kedudukan yang lebih deep, dan akan mula menyerang dengan eksploitasi ruang antara pemain lawan untuk menyerang. Dengan ini, Suarez dilihat akan mendapat sokongan yang baik dari Gerrard, Coutinho, dan Glen Johnson, Suarez mungkin akan dilihat beraksi sebagai penyerang gandingan bersama Sturridge dalam masa-masa tertentu. Sekiranya adaptasi ini menjadi, Suarez mempunyai dua kemungkinan, dapat mengekalkan rekod gol seperti musim lepas, atau mula kekurangan melalui gol, tetapi lebih kepada assist tertinggi dan sekiranya mendapat gol yang tertinggi dan assist yang tertinggi serentak, Wenger mungkin akan sekali lagi cuba membida Suarez pada nilai amaun yang sedikit tinggi, iaitu £40 juta + £2. Bodoh punya Wenger.

No comments:

Post a Comment