Tuesday 10 September 2013

KECEDERAAN GLEN JOHNSON MEMBUKA RUANG UNTUK KELLY DAN WISDOM

Ihsan: CaughtOffside
Glen Johnson akan direhatkan selama 10 minggu lantaran kecederaan ketika menentang Manchester United. Insiden pertembungan dengan Patrice Evra, menyebabkan kecederaan pada pangkal paha dan betis. Satu berita buruk untuk kem Liverpool sendiri, namun jikalau kita lihat dari 'bright-side' berita ini, akan membuka peluang untuk pelapis muda Martin Kelly dan Andre Wisdom untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Johnson.

sumber: EPLIndex
Dengan Kelly dan Wisdom yang berada dalam skuad senior Liverpool (Flanagan saya tidak pasti berapa lama lagi akan disimpan), awan masih tidak mendung untuk Brendan Rodgers. Kelly yang kembali dari kecederaan panjang, mempunyai pengalaman senior sejak 2 musim lalu, dan Wisdom, baru diperkenalkan dalam skuad senior musim lalu, masing-masing mempunyai kualiti tersendiri dan statistik yang kontra untuk dibandingkan.

Cerapan dari statistik di atas menunjukkan dua cara permainan yang berbeza, dari kedua-dua pemain muda ini. Kelly lebih kepada peranan attacking ketika dalam posisi fullback, berbanding dengan Wisdom yang lebih memfokuskan kepada peranan pertahanan konservatif, Brendan Rodgers akan menggunakan kedua-dua pemain ini dalam 2 mod taktikal yang berbeza, bergantung kepada keadaan lawan.

Formasi Liverpool 4-2-3-1, menekankan kepada free flow dan attacking play, dimana Kelly mempunyai kebolehan ini, larian direct running yang pantas, kecenderungan untuk cut-inside, akan menjadi elemen utama untuk Rodgers memilih Kelly untuk dinamakan sebagai starter untuk perlawanan seterusnya menentang Swansea.

Sekiranya Brendan Rodgers menukarkan taktikal kepada mod defensive play, maka ini akan diimbangi dengan meletakkan Wisdom bagi menggantikan Kelly. Wisdom yang lebih cenderung pada defensive play, tidak dilihat akan dapat memberi sokongan kepada serangan dengan baik. Analisis untuk 3 perlawanan terakhir mendapati bahawa Liverpool yang cenderung menyerang dan menguasai perlawanan pada separuh masa pertama, dan mula kehilangan penguasaan pada separuh masa kedua, dengan faktor Suarez yang masih dalam penggantungan, saya menjangkakan Kelly akan sering bertukar dengan Wisdom, bergantung pada taktikal yang digunakan oleh Rodgers. 

Terus terang saya katakan, kemenangan 3 perlawanan pertama kita adalah dari optimism Brendan Rodgers, yang mengharapkan agar serangan dapat melakukan asakan pada awal permainan dan seterusnya mengawal permainan. Ini berpunca dari bebanan goal-scoring role diletakkan 100% kepada Daniel Sturridge akibat penggantungan Suarez, maka meletakkan Kelly sebagai pemula adalah pilihan yang paling logik bagi menyokong barisan serangan, dan Wisdom akan turun untuk memberi kekuatan pada barisan pertahanan saat pihak  lawan mula menguasai perlawanan dan memberi tekanan kepada Liverpool.

1 comment:

  1. Good analysis but expect our team's tactical shape will be a little bit different this time around with Sturridge is still recovering. Should he play, do not expect to see him 'gung ho', I prefer him to be extra careful. We need all our best players to survive until season's end. Then we need fellow attacking teammates to support him more. Sterling or Ibe (or Moses) might be included to help with supporting runs. This will create space behind them and we need a more pacey fullback like Kelly to cover the area.

    ReplyDelete