| Gambar Ihsan: Gool FM |
Luis Suarez masih digantung kerana menggigit (semacam bunyinya) Ivanovic dan dapat beraksi semula pada akhir September 2013. Pada awalan pengumuman penggantungan beliau, menimbulkan reaksi yang bercampur aduk dikalangan peminat Liverpool sendiri. Ada yang mengatakan hukuman penggantungan 10 perlawanan itu ada ekstrim. Ada juga yang mula merasakan personaliti El Pistolero yang huru-hara ini sendiri akan menghancurkan Liverpool sendiri, dan yang paling utama, Suarez tetap menjadi sumber kontroversi di kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.
Setakat ini, Liverpool sudah bermain 4 perlawanan dalam kempen 2013/14 tanpa kelibat Suarez dan mampu menang kesemua perlawanan itu. Namun semua kemenangan itu tidak dilihat dari perspektif menang bergaya, tetapi hanya menang tipis, dengan kata lain "Ugly Win". Saya sendiri melihat betapa lemahnya penyudah pemain Liverpool, sungguhpun peluang tercipta dengan banyak sekali, dan pada ketika itu, saya mula berfikir "Kalau Suarez ada, pasti lebih baik"
Namun merujuk pada statistik 2012/13, Suarez merupakan antara pemain yang mempunyai touches, dribbling yang tertinggi sekali dalam keseluruhan Premier League. Ini menunjukkan skuad Liverpool terlalu bergantung kepada Suarez dan secara tidak langsung menghadkan pemain lain untuk menyentuh bola. Suarez dilihat masih lagi individual play, membantutkan perkembangan dan keyakinan pemain-pemain muda untuk beraksi di pentas Premier League.
Dan penggantungan ini, meletakkan Suarez keluar dari kesebelasan utama, kita sendiri dapat melihat Sturridge mula beroperasi lebih attacking, Henderson juga semakin yakin untuk push forward, dan umumnya, Liverpool dilihat bekerja sebagai satu unit, lebih baik daripada mengharapkan Suarez membawa bola ke atas dan hanya menunggu untuk Suarez melakukan hantaran untuk mereka sudahkan (itu pun kalau dia nak pass bola tu)
No comments:
Post a Comment