Mula-mula sekali, mungkin saya sudah terlambat untuk membuat analisis kemenangan Liverpool ke atas Manchester United pada minggu lalu, kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya, dan kini kembali sihat untuk berkongsi analisis bersama anda semua.
STURRIDGE SEMAKIN YAKIN
MASIH ADA PELUANG LAGI UNTUK SKRTEL
ASPAS MUNGKIN BUKAN GOALSCORER YANG PROFILIK MUSIM INI
KITA MASIH LEMAH SELEPAS SEPARUH MASA PERTAMA
| Ihsan: Football365 |
Mungkin sudah terlambat untuk saya bersorak "YESSSS!" kerana mengatasi MU di Anfield Sabtu lalu, tapi itulah hakikatnya, kerana 23 tahun saya menyokong Liverpool, kemenangan ke atas arch rivals seperti Manchester United. Moyes masih lagi tidak dapat membuang badi kekalahannya di Anfield selama 11 tahun bersama Everton, dan kini masih berterusan sehingga kini, hatta sekalipun sudah mengendalikan pasukan yang dibarisi juara (mengikut dakwaan rakan-rakan Red Devils yang lain, siang malam meratib ditelinga saya Champions! Champions!). Lupakan sebentar mereka, kita nikmati kemenangan ini dulu, saya akan membuat satu kesimpulan yang paling jelas kita boleh lihat dari perlawanan ini.
STURRIDGE SEMAKIN YAKIN
3 penampilan dalam saingan BPL musim ini dengan 3 gol kemenangan ke atas Stoke, Villa dan MU. Dan ini membuatkan ramai Kopites dapat melupakan sementara siapa itu Suarez, dan optimis bahawa bintang ini akan terus menyinar dalam 4~5 tahun yang akan datang, Sturridge juga semakin matang, bijak mencari ruang, malahan serasi bergandingan bersama Coutinho. Sekiranya Sturridge dapat mengekalkan konsistensi selepas 10 perlawanan, ini memberi satu petanda yang baik, bahawasanya usaha Rodgers untuk memulihkan serangan Liverpool semakin menjadi.
MASIH ADA PELUANG LAGI UNTUK SKRTEL
Jangkaan saya, Skrtel akan diturunkan bagi menggantikan Toure, dan akan melakukan kesilapan individu, ternyata meleset! Skrtel kembali bergandingan bersama Agger, berjaya menyerap asakan-asakan MU dengan baik, dominan di udara, purata persembahan yang sangat baik, setelah sekian lama memanaskan bangku simpanan. Semenjak musim lalu, Skrtel tidak berada dalam kesebelasan utama, kini kembali tampil dengan persembahan yang terbaik dari beliau. Ini akan memberikan saingan sengit kepada barisan pertahanan baru diambil oleh Rodgers, seperti Mamodou Sakho dan Kolo Toure.
ASPAS MUNGKIN BUKAN GOALSCORER YANG PROFILIK MUSIM INI
Iago Aspas, dengan 4 penampilan penuh untuk Liverpool, masih lagi tidak menjaringkan sebarang gol, sungguhnya purata statistik permainannya yang baik, kelihatan Iago Aspas masih lagi mencari rentak dan tempo bolasepak England, yang lebih pantas dan fizikal, kemungkinan musim ini bukanlah musim yang goal-productive dari beliau, tetapi lebih berperanan kepada menyokong serangan dengan mantap.
KITA MASIH LEMAH SELEPAS SEPARUH MASA PERTAMA
Dari perlawanan Stoke City, Aston Villa dan MU, kelihatan Liverpool bagaikan kehilangan rentak dan penguasaan bola, Aston Villa dan MU masing-masing bangkit menentang dengan menguasai permainan dalam sepanjang separuh masa kedua, ini menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang menyangsikan pada taktikal Rodgers. Ia boleh menjadi 2 kemungkinan, samada kita tiada plan B untuk meneruskan penguasaan permainan, ataupun Rodgers mula ingin memperkenalkan pendekatan defensive play yang lebih jitu.
Sekiranya Liverpool tiada plan B untuk meneruskan penguasaan permainan, ini akan menjadi masalah besar untuk Liverpool konsisten untuk mendapatkan mata semaksimum yang mungkin, kerana pihak lawan sudah dapat membaca taktikal kita dan mungkin mampu mencuri peluang ini sama ada untuk menyamakan kedudukan, atau meninggalkan kita dari segi gol atau kedua-duanya sekali.
Namun sekiranya Rodgers sememangnya sengaja menggunakan approach yang defensive, ini merupakan antara elemen baru yang sudah lama tidaNSk dimiliki oleh skuad Liverpool. Rata-rata pasukan juara mempunyai kualiti untuk mengekalkan scoreline sungguhpun dengan permainan pasif, dengan kata lain, "to win ugly".
GERRARD ADALAH CAPTAIN MARVEL
Bukannya nak kecoh sangat pun, small matter je.. tapi....
No comments:
Post a Comment