| Coates: Disahkan akan berehat panjang |
Liverpool telah mengesahkan bahawa Coates mengalami kecederaan ligamen lutut, dan memerlukan pembedahan serta akan direhatkan selama 6 bulan. Ini memeningkan lagi pengurus Liverpool, Brendan Rodgers bahawa beliau memerlukan lagi 1-2 pembelian pemain baru untuk melengkapkan skuad bagi menghadapi cabaran BPL musim ini. Kini dikhabarkan Mamadou Sakho menjadi sasaran BR untuk diserapkan dalam skuad beliau bagi memperkuatkan pertahanan beliau.
Realitinya, sebenarnya tiada apa yang perlu digantikan sekiranya Coates tercedera dalam jangka panjang atau pendek, kerana pertahanan Liverpool masih dibarisi pemain-pemain pertahanan tengah yang boleh beraksi lebih baik dari Coates itu sendiri, dibarisi oleh Agger, Toure, Skrtel. Dengan Martin Kelly yang baru pulih dari kecederaan, serta Andre Wisdom juga kini mula diperkenalkan dalam kesebelasan utama Liverpool, tiada apa yang kita rugi.
Setakat ini, Coates hanya membuat 24 penampilan bersama Liverpool, dari musim 2011/12, dan milestone yang hanya diingati dari penampilan beliau hanyalah gol scissor kick ketika menentang QPR, tapi puratanya, ini adalah saya kira sebagai minor flop ketika era Dalglish-Comolli.
No comments:
Post a Comment