Liverpool memulakan perlawanan dengan baik sekali, meneruskan kemenangan tipis 1-0 menentang Aston Villa yang seperti tercari rentak. Daniel Sturridge membuka tirai jaringan hasil cross daripada Jose Enrique.
![]() |
| Gol tunggal dari Sturridge |
Aston Villa mula menguasai perlawanan bermula babak kedua bermula, dengan pressing yang lebih baik dari Delph dan Agbonlahor serta Benteke yang dilihat berbahaya. Kawalan pertahanan oleh Agger dan Toure yang mantap, dengan Toure dilihat lebih dominan di udara menepis hantaran lintang dari pemain Aston Villa. Mignolet meneruskan persembahan yang baik dengan melakukan beberapa save yang baik. Peluang Aston Villa untuk menyamakan kedudukan tiba pada saat akhir perlawanan, rembatan kencang dari Benteke, namun Mignolet dengan refleks yang sangat baik berjaya menolak bola keluar ke kanan gawang Liverpool.
Kemenangan ini meletakkan Liverpool berada di tangga kedua BPL, setakat ini. Perlawanan ini menunjukkan bahawa kini Liverpool bukan sahaja boleh menang dengan bergaya, namun mampu juga menang dengan kemenangan yang tidak bergaya (ugly win), jika kita merujuk kepada statistik perlawanan Villa vs Liverpool.
Melalui statistik ini, saya percaya bahawa BR telah membimbing skuadnya pada suatu mentaliti yang lebih realistik, dimana kita tidak sepatutnya sentiasa ingin mempamerkan persembahan positif dengan possession football tanpa relevan objektif utama, iaitu mengutip mata sebanyak yang boleh, tetapi juga mampu mengekalkan scoreline, sungguhpun diasak berkali-kali oleh Aston Villa. Sebagaimana Aston Villa mempamerkan permainan malam semalam, sedikit persamaannya dengan cara Liverpool bermain pada musim lepas, iaitu menguasai permainan, namun mempunyai isu klinikal di depan gawang lawan. Liverpool juga masih tumpul dalam mencipta gol-gol dari banyak peluang yang dihasilkan, namun perlawanan ini membuktikan kualiti Liverpool yang lebih realistik, iaitu mempertahankan scoreline pada ketika tidak mampu menguasai perlawanan.
Apa yang masih kami harapkan ialah kemasukan beberapa lain muka baru ke Anfield, sebelum musim perpindahan ditutup pada 1 September 2013, yang mana saya percaya kita masih memerlukan seorang central defender yang teguh dan mempunyai konsentrasi yang lebih baik dari Agger, pemain tengah kreatif bagi menyokong Coutinho dan juga seorang penyerang yang klinikal di hadapan gol, selain Sturridge dan Suarez.
Sakho pertahanan tengah yang baik kini dikatakan berminat ke Anfield, dan statusnya masih samar-samar, Willian pemain tengah kreatif yang baik, kini disambar oleh Chelsea, Diego Costa, penyerang all-rounder yang baik juga berhasrat untuk masih bersama Atletico Madrid, kesemuanya dengan visi Rodgers mahukan untuk membina skuad yang berkaliber, tetapi realistiknya selagi Liverpool tidak berada dalam saingan Liga Juara Eropah, Rodgers harus optimistik dengan pelapis yang beliau miliki, seperti Kelly, Sterling, Wisdom dan Ibe. Mungkin yang paling genting sekarang ialah dengan mendapatkan seorang penyerang yang dikira 'fox-in-the-box', sebagai cover kepada Sturridge sekiranya kecederaan berlaku.
Kemenangan ini meletakkan Liverpool berada di tangga kedua BPL, setakat ini. Perlawanan ini menunjukkan bahawa kini Liverpool bukan sahaja boleh menang dengan bergaya, namun mampu juga menang dengan kemenangan yang tidak bergaya (ugly win), jika kita merujuk kepada statistik perlawanan Villa vs Liverpool.
![]() |
| Statistik Villa vs Liverpool |
Apa yang masih kami harapkan ialah kemasukan beberapa lain muka baru ke Anfield, sebelum musim perpindahan ditutup pada 1 September 2013, yang mana saya percaya kita masih memerlukan seorang central defender yang teguh dan mempunyai konsentrasi yang lebih baik dari Agger, pemain tengah kreatif bagi menyokong Coutinho dan juga seorang penyerang yang klinikal di hadapan gol, selain Sturridge dan Suarez.
Sakho pertahanan tengah yang baik kini dikatakan berminat ke Anfield, dan statusnya masih samar-samar, Willian pemain tengah kreatif yang baik, kini disambar oleh Chelsea, Diego Costa, penyerang all-rounder yang baik juga berhasrat untuk masih bersama Atletico Madrid, kesemuanya dengan visi Rodgers mahukan untuk membina skuad yang berkaliber, tetapi realistiknya selagi Liverpool tidak berada dalam saingan Liga Juara Eropah, Rodgers harus optimistik dengan pelapis yang beliau miliki, seperti Kelly, Sterling, Wisdom dan Ibe. Mungkin yang paling genting sekarang ialah dengan mendapatkan seorang penyerang yang dikira 'fox-in-the-box', sebagai cover kepada Sturridge sekiranya kecederaan berlaku.
Cabaran minggu hadapan adalah lebih menarik, apabila Liverpool akan melayan kunjungan musuh tradisi, Manchester United di Anfield. Kami tertunggu-tunggu apakah identiti possession football Liverpool dapat menangani taktikal kuno David Moyes, yang masih mencari tempat dihati peminat Red Devils musim ini.


No comments:
Post a Comment