Sempena memperingati ulangtahun ke-15 Captain Marvel Stevie G bersama LFC hari ini (Gerrard Testimony), lawan pra-musim hari ini ialah Olympiakos, pasukan yang menjadi signifikan perkembangan karier Stevie G di peringkat Eropah.
Brendan Rodgers sudah boleh merasakan kelegaan 2% (musim 2013/14 masih belum bermula) dengan kehadiran Iago Aspas, Kolo Toure, Luis Alberto dan Simon Mignolet sebagai muka baru, persembahan LFC dalam semua perlawanan pra-musim yang mencatatkan 100% kemenangan dan 100% tanpa bolos, hari ini kecemerlangan pra-musim 2013/14 diteruskan dengan mencatatkan kemenangan 2-0 kepada Olympiakos di Anfield.
Hasil jaringan Allen dari cross dari sensasi terbaru LFC, Iago Aspas meletakkan LFC di hadapan, dan ditambah lagi oleh jaringan Henderson seolah-olah memberi tanda bahawa LFC berada di landasan yang betul untuk kembali dalam saingan UCL musim depan.
Kolo Toure-Agger kini semakin serasi, Mignolet masih belum menunjukkan potensi sebenar (dari kacamata TS), begitu juga Luis Alberto yang masih belum dipastikan potensi beliau. Namun Aspas dilihat muka baru yang paling menyerlah sepanjang kempen jelajah Asia LFC kali ini. TS yakin dalam 1-2 minggu lagi dijangkakan akan ada lagi 1-2 muka baru akan tiba di Anfield bagi memperkuat jentera LFC untuk musim hadapan, dan semestinya, musim depan dijangkakan musim yang semakin baik dari LFC.
#YNWA #LFCMalaysians
#YNWA #LFCMalaysians
No comments:
Post a Comment