Sunday, 4 August 2013

DIEGO COSTA: BUKAN SEKADAR PENYERANG



Diego Costa merupakan forward terbaru yang dikaitkan dengan LFC, dan kami terpanggil untuk membuat sedikit overview kebenaran transfer rumours ini.

Ironinya, dikala Arsenal menawarkan dalam nilai £40 juta + £1 (ye, Empat Puluh Juta dan Satu Pound Sterling) untuk mendapatkan Luis Suarez, yang merupakan satu-satunya wakil dari Anfield yang dinobatkan sebagai villain of the season 2012/13, LFC pula kini secara rasminya disahkan mengaktifkan transfer / selling clause sebanyak £20m untuk mendapatkan Diego Costa, yang juga dikenali sebagai "personaliti yang paling dibenci di La Liga" sekarang ni.

Sungguhpun Diego Costa just another bad boy, seperti Suarez, beliau mempunyai kredibiliti ketika bergandingan bersama Falcao di Atletico Madrid. Pendek kata, siapalah Falcao tu kalau tanpa Diego Costa.

Brendan Rodgers dilihat seolah-olah menjadikan masalah karekter pemain merupakan soal kedua, tapi kami pula melihatkan minat ditunjukkan kepada Diego Costa adalah satu usaha Rodgers bagi menerapkan attitude pejuang dalam LFC. Gerrard, hanya peneraju dan driven dengan hasratnya, Agger, juga hampir sama dengan Gerrard, cuma kelihatan kurang radikal kepimpinannya. Suarez? Tiada penjelasan kerana sesungguhnya beliau dilahirkan untuk menjadi penjahat yang genius. Lucas? Budak baik? Allen, Skrtel, Enrique, Sterling, Suso, Borini? Semua hingusan lagi. Namun, Diego Costa, semuanya ada, penjahat, pejuang dan pemimpin.

Mungkin ramai dah terlupa, terutamanya fan MUFC, Arsenal yang selalu memperjuangkan moraliti pemain mereka adalah lebih berdisiplin (kami ada pengalaman tersendiri), mereka sebenar-sebenarnya terlupa, karekter merupakan salah satu elemen penting dalam bola sepak moden. Kamu mempunyai skill yang hebat, tapi mentaliti kamu tiada daya juang dan pak turut oleh permainan dalam padang? Belum tentu kamu dihormati.

Kelebihan Diego Costa adalah 90% identikal dengan corak permainan Suarez, yakni mempunya kepantasan, kebolehan dribble yang baik, mampu membuka ruang untuk pemain lain bergerak, cuma bezanya, Diego Costa dilihat mempunyai visi dan penyudah yang lebih klinikal berbanding Suarez yang sentiasa menjaringkan gol-gol yang hebat, tapi dia bukanlah penjaring gol yang hebat sebenarnya (paham tak ni? bezakan ngan Filippo Inzaghi dengan Suarez). Sekiranya perpindahan Costa ke LFC menjadi kenyataan, ianya boleh bertindak dalam 2 cara yang sangat efektif;-

Pertama, bergandingan bersama Suarez menerajui formasi 3 penyerang.
Kedua, menjadi pengganti Suarez, yang mana skrg dilihat-lihat ada lagi bibit-bibit ingin meninggalkan Anfield.

Ketepikan Suarez, bayangkan Coutinho, Sturridge dan Costa di dalam satu barisan penyerang? Mantap bukan...

No comments:

Post a Comment