Saturday, 31 August 2013

POTENSI HENDERSON KIAN TERLIHAT


Permulaan karier Jordan Henderson tidaklah seindah yang diinginkan oleh para peminat Liverpool. Menjadi kecaman akibat pembelian Dalglish-Comolli dengan inflasi, Henderson dibawa ke Anfield pada £16 juta, 2 kali ganda dari harga yang sepatutnya untuk mendapatkan Henderson.

Pada awal penampilannya, dibawah kendalian Kenny Dalglish, Henderson diletakkan sebagai sayap kanan, luar dari posisi asal beliau, iaitu midfield tengah. Henderson terus menjadi bahan kritikan, kerana tidak mempamerkan kualiti yang sepadan dengan nilai perpindahannya ke Anfield. Henderson mempunyai trek rekod yang baik bersama England B-21, lebih efektif apabila berada dalam posisi Central Attacking Midfield (CAM). Mempunyai kawalan bola yang baik dan mampu memberi sokongan tambahan kepada barisan serangan, ketika beliau di Anfield dan England B-21.

Apabila Brendan Rodgers mula mengambil alih Liverpool, Henderson pada awalnya hanya memanaskan bangku simpanan, ditambah dengan kehadiran Joe Allen, pada asalnya saya menyangkakan bahawa tiada lagi peluang untuk Henderson menyinar di Anfield. Namun, Henderson tetap tabah dan meningkatkan keazaman untuk membuktikan bahawa beliau mampu menawarkan sesuatu yang terbaik kepada Liverpool.

Namun, ketabahan dan kecekalan Henderson mengharungi cabaran merebut tempat dalam kesebelasan utama Liverpool terbayar jua, apabila beliau mula diturunkan dan berada dalam kesebelasan utama oleh Rodgers. Henderson mula diletakkan kembali ke posisi asalnya, central attacking midfield bergandingan bersama Coutinho dan Aspas. Henderson mula menunjukkan peningkatan yang baik, mentaliti yang kompeten dan dilihat semakin serasi bergandingan bersama barisan serangan Liverpool. Beliau memiliki work-rate yang tinggi, dengan melakukan track back bagi merampas bola, seterusnya dengan hantaran yang baik dalam attacking build-up.

Mungkin kita merasakan pembelian Henderson pada nilai £16 juta adalah kesilapan, namun kesilapan itu akan dilupakan sekiranya Henderson konsisten mempamerkan persembahan yang baik bersama Liverpool.

No comments:

Post a Comment