Thursday, 29 August 2013

ASSAIDI DIPINJAMKAN KE STOKE CITY

Akhirnya Assaidi dipinjamkan ke Stoke City untuk satu musim, setelah tidak mendapat kesebelasan utama Liverpool yang dikendalikan oleh Brendan Rodgers. Assaidi merupakan antara pemain terawal yang diintai oleh Brendan Rodgers, bagi memperkuat jentera serangan Liverpool pada ketika itu, namun dengan Sterling dan Suso yang mula diserap ke dalam kesebelasan utama menyebabkan Assaidi hanya memanaskan bangku simpanan untuk jangkamasa yang agak lama. Assaidi sempat tampil 12 kali bersama Liverpool.

Dengan perpindahan ini, saya kira Brendan Rodgers tetap akan mencari pemain baru untuk mengisi lagi kekosongan yang ditinggalkan oleh Downing dan seperti kes Jay Spearing, Assaidi mungkin akan dijual sebaik tempoh loan bersama Stoke tamat. Dan ini adalah satu-satunya pemain yang dibeli oleh Brendan Rodgers, dan akhirnya diabaikan sendiri oleh beliau. Realiti, sekiranya Liverpool tidak dapat membawa masuk pemain baru untuk menggantikan Downing, meminjamkan Assaidi adalah satu kesilapan.

No comments:

Post a Comment