Monday, 26 August 2013

SPEKULASI PERPINDAHAN: NAMA TERKINI YANG DIKAITKAN DENGAN LIVERPOOL

Tinggal 6 hari lagi sebelum transfer window bagi EPL akan ditutup. Liverpool dilihat masih aktif mencari calon yang sesuai setelah percubaan untuk mendapatkan Willian yang dihijack oleh Spurs asalnya, dan akhirnya disapu bersih oleh Chelsea. Kemudian pula, Diego Costa, penyerang Brazil menyatakan hasrat ingin kekal di Atletico, Henrikh Mkhitaryan yang juga terlepas, berhijrah ke Dortmund. Rodgers dilihat terus aktif untuk membawa muka-muka baru, seperti di bawah:-

ARDA TURAN
Kegagalan mendapatkan Willian yang ke Chelsea, kini Arda Turan dikaitkan kembali ke Anfield. Beliau telah dikaitkan perpindahan ke Liverpool sejak beberapa tahun yang lalu dan Turan pernah menyatakan minat beliau ke Liverpool kerana tradisi Anfield yang sangat dihormati. Turan mempunyai visi dan naluri yang sangat baik bagi mencipta peluang gol dari kiri, dilihat sebagai cover-up kepada Coutinho. Kreatif dan bijak menyerang pada waktu yang ideal, serta mampu work rate yang baik bagi membantu pertahanan, Liverpool sebenarnya amat perlu mencari attacking midfield kidal yang berkaliber, setelah Downing dijual ke West Ham.

MAMADOU SAKHO
Liverpool dikatakan masih dalam rundingan untuk mendapatkan khidmat Sakho, pertahanan tengah yang mempunyai fizikal yang baik, dominan di udara ini. Sakho dilaporkan memberi respons yang positif terhadap spekulasi perpindahan ke Anfield, lantaran beliau tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama kelab Orang Kaya Baru dari Perancis, PSG. Dengan status Martin Skrtel yang sudah tiada dalam kesebelasan utama Liverpool, masa depan Skrtel dilihat lebih samar lagi dengan spekulasi ini.

WILL HUGHES
Mengintai bintang-bintang muda adalah amalan biasa scout Liverpool. Will Hughes, sensasi Derby County yang berada dalam divisyen Championship dikaitkan berada dalam radar Liverpool. Dilihat lebih kepada prospek masa depan, Hughes yang menyinar bersama U21-England, menyerlah dari posisi central attacking midfielder dan juga left attacking midfield, mungkin tidak mampu memberikan impak kepada kesebelasan utama Liverpool, namun potensi untuk pelapis skuad utama Liverpool.

Sehingga kini, masih samar lagi calon penyerang yang berada dalam radar Liverpool, kritisnya sangat perlu seorang penyerang yang berkaliber sebagai gandingan ataupun cover-up bagi Sturridge. Suarez dilihat tidak mempunyai ciri-ciri lone striker, tetapi berkebolehan bergandingan mencipta peluang untuk Sturridge, Liverpool perlu bergerak lebih pantas bagi melengkapkan urusniaga perpindahan dalam masa berbaki 6 hari lagi, sangat singkat dan sangat dinantikan oleh kita semua dengan penuh debaran.

No comments:

Post a Comment