Assaidi merupakan antara pemain yang terawal dibawa masuk oleh Brendan Rodgers ketika mula-mula membina Liverpool. Pada awalan dikatakan sebagai penyelesaian kepada masalah under performed Stewart Downing (yang pada masa itu, rekod semusim 0 gol, 0 assist). Rodgers pada awalnya gembira dengan kehadiran Assaidi dan menganggap beliau adalah pemain yang "exciting dan mampu membuka mata ramai peminat". Assaidi memiliki teknik direct running dan dribbling yang sangat baik, kian samar dari kesebelasan utama Liverpool pada musim 2012/13.
Sejak debut pertama beliau bersama Liverpool pada pembukaan kempen BPL 2012/13 menentang West Brom, Assaidi sudah tidak berada dalam pilihan Rodgers, yang pada ketika itu Downing dan Sterling sering dipilih untuk mengisi kekosongan ruangan kiri dan kanan serangan. Assaidi mampu bermain di kedua-dua belah kiri dan kanan serangan dan juga tengah, memiliki reputasi dan statistik yang baik ketika beraksi bersama Heerenveen, namun Brendan Rodgers terus mengabaikan beliau, yang hanya tampil 4 kali bersama The Reds.
Assaidi secara puratanya tampil dengan baik sekali untuk Liverpool. Malahan jauh lebih baik dari Downing, bermula dari assist ketika debut, menambah bisa serangan ketika menentang Anzhi, purata statistik masih lebih baik dari Rodgers.
Musim 2013/14, Brendan Rodgers terus mencari pengganti Stewart Downing yang berhijrah ke West Ham, dan Assaidi masih lagi kelihatan diabaikan. Daripada rundingan untuk mendapatkan Willian telah gagal, kini cuba pula mendapatkan Arda Turan juga kedengaran samar-samar, dan paling terkini, rundingan untuk mendapatkan Victor Moses secara pinjaman dari Chelsea, disinilah kesilapan Brendan Rodgers. Seolah-olah terlalu ghairah ingin menyuntik bakat-bakat baru, sehinggakan Victor Moses juga dikejar dari berinisiatif untuk menggunakan Assaidi bagi memantapkan formasi serangan Liverpool. Secara peribadi, Assaidi tidak diberikan peluang secukupnya untuk membuktikan kebolehan beliau secara total, dan menunjukkan apa yang beliau mampu sumbangkan untuk Liverpool sendiri.
Assaidi kini sudah berumur 25 tahun, purata peak age untuk karier pemain professional, namun dibazirkan dengan memanaskan bangku simpanan. Sekiranya saya sendiri menjadi Assaidi, kata-kata yang saya dapat gambarkan tentang Brendan Rodgers ialah:-
"Rodgers mempunyai idea yang baik dan merupakan calon yang tepat untuk membina Liverpool untuk jangka panjang, namun masih bangang lagi kerana memeram aku sekian lama, sungguhpun aku perform dengan baik walaupun hanya untuk 4 game sahaja. Victor Moses pekejadah?"
No comments:
Post a Comment