| ihsan: EA Sport |
Coooolllll! LFC secara rasminya mengumumkan partnership mereka bersama Electronic Arts untuk FIFA 14. EA merupakan pengeluar siri game FIFA yang sangat dikenali oleh peminat bola sepak seluruh dunia.
Partnership LFC bersama EA selama 3 tahun bermula dari musim 2013/14 ini akan memberikan kelebihan kepada peminat LFC yang akan bermain FIFA 14 bermula September 2013 ini.
Melalui ini, kandungan ekslusif LFC akan diperkenalkan bermula dari FIFA 14, di mana face detailing, corak permainan, pergerakan pemain LFC di dalam FIFA 14 akan diberikan sentuhan ekslusif dan ditambah lagi dengan simulasi perlawanan yang sebenar, wallpaper yang ekslusif serta backstage footage (ini masih belum pasti).
Apa yang menarik ialah proses 3D Head Scan untuk setiap pemain LFC dibuat dengan ekslusif dengan teknologi 360° untuk mendapat detail yang paling tepat bagi display player LFC di dalam FIFA 14. Juga ekspresi wajah yang hampir serupa dengan wajah sebenar. Cuma, apa yang masih belum pasti adakah Luis Suarez akan kelihatan jongos atau tidak, kerana beliau dilihat sedang cover giginya di dalam sessi ini.
FIFA 14 boleh didapati untuk X-Box 360 dan PS3 bermula September 2013.
No comments:
Post a Comment