Wednesday 11 September 2013

ANALISA: POSISI LUCAS LEIVA PERLUKAN BANTUAN (BAHAGIAN 1)

Sengaja meletakkan gambar jambu Lucas Leiva, ketika era beliau menjadi bahan penyokong sendiri mahupun penyokong lawan. Mengingatkan kita semua bahawa betapa jauhnya perbezaan Lucas ketika baru menyertai Liverpool, dan apa kedudukan beliau sekarang di dalam skuad sekarang? Tanpa kita sedari beliau sebenarnya ialah tunjang kepada sistem Brendan Rodgers.

Lucas telah bekerja bersama 4 bos yang berbeza di Liverpool, bermula dari Benitez, Hodgson, Dalglish dan terkini ialah Rodgers. Bermakna semua bos tersebut mempunyai sistem yang berbeza dan Lucas antara pilihan utama dalam keempat-empat sistem dalam evolusi Liverpool. Dari asalnya beliau di Gremio lebih banyak terlibat dalam attacking support, dan berevolusi kepada peranan holding midfielder, dan Lucas sebenarnya telah mengalami evolusi yang ketara dalam karier bola sepaknya.

Ada dari kita tertumpu dengan gandingan mantap Coutinho-Sturridge-Suarez, dan terlupa siapa Lucas di dalam skuad. Sememangnya peranan Lucas di Liverpool tidaklah sepopular yang dikecapi oleh bintang-bintang lain di dalam skuad. Lucas dilihat lebih berperanan menjadi cover untuk barisan pertahanan, merampas bola untuk mengekalkan possession, dan pada masa yang sama bertindak sebagai link-up untuk barisan di hadapannya.

Gerrard dan Allen juga tidak akan mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Lucas (Ihsan: This Is Anfield)
Musim perpindahan yang sudah berlabuh tirainya lebih kurang 10 hari yang lalu, saya melihat tiada cover untuk posisi Lucas, dan setakat ini tiada seorang pun pemain yang dibeli oleh Rodgers bertujuan untuk membantu Lucas sekiranya beliau tidak dapat diturunkan. Ini berdasarkan kronologi, pada awal musim 2012/13, Lucas masih bergelut dengan kecederaan, Joe Allen dibawa untuk menggantikan posisi Lucas. Terbukti Allen masih tidak dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Lucas, dan beliau tidak boleh dipersalahkan kerana nature position Allen adalah lebih kepada Central Midfield. Gerrard juga tidak mungkin dapat mengisi kekosongan itu, kerana Gerrard kini dilihat bertindak lebih kepada peranan box-to-box midfield. Nampak tak?

Disini terdapat 2 kemungkinan sekiranya Lucas tidak dapat diturunkan, kemungkinan pertama ialah Rodgers akan memasukkan semula Allen bertindak untuk mengisi kekosongan posisi Lucas, namun seperti yang kita tahu sebelum ini, Allen bukanlah calon yang ideal bagi menggantikan Lucas. Dan ini juga akan menggangu dinamik serangan pasukan, di mana ini akan memaksa barisan serangan akan bertindak drop deeper bagi membantu Allen. Masih berisiko sekiranya kita ingin menang dalam marjin yang lebih selesa. Rodgers pastinya tidak akan merubah sistem 4-2-3-1 yang sudah dilihat selesa, maka apakah kemungkinan kedua itu?

Kemungkinan kedua, Rodgers tetap tidak mempunyai pilihan lain, selain daripada mula bereksperimentasi dengan pemain selain dari Allen, kerana Allen dilihat lebih baik bertindak sebagai cover kepada Gerrard. Namun siapakah yang berpotensi untuk mula dieksperimentasi untuk mengisi posisi Lucas? Hasil analisis saya, dengan sedikit kebolehan menujum serta meramal, 'mereka' di bawah ini mungkin akan digunakan oleh Rodgers sebagai defensive midfield apabila masanya sudah tiba:-


Bersambung di analisa akan datang.
YNWA

No comments:

Post a Comment